MHZ@Design: Tatacara
Hanya tempahan sahaja yang dibuka buat masa ini.......TEMPLATE SIAP untuk dijual belum ada.......harap maklum
Assalamualaikum w.b.t.

Tatacara pembelian dan tempahan template di MegaHertz@Design adalah seperti di bawah. Sila baca dengan teliti bagi mengelakkan sebarang salah faham. Tatacara ini berkemungkinan berubah mengikut keadaan semasa. Jadi, sila baca setiap kali ingin membuat pembelian dan tempahan.

Syarat Umum

  • Segala template yang tersedia dalam katalog MegaHertz@Design untuk blog yang ber"platform" blogger sahaja. (wordpress, tumblr, dll tidak sesuai dan pihak MegaHertz@Design tidak bertanggungjawab sekiranya ada yang tersilap beli dan tempah)
  • Untuk pembelian, template design akan dihantar ke e-mel anda setelah segala urusan pembayaran selesai.
  • Untuk tempahan, keutamaan diberikan kepada blogger-blogger yang telah menjelaskan pembayaran. (Siapa yang bayar dulu, blog dia yang akan di"design" dahulu...tidak kira siapa yang maklumkan maklumat tempahan dahulu).
  • Pembelian dan tempahan hendaklah dibuat melalui akaun Facebook ataupun Emel.
  • Untuk maklumat yang lebih terperinci, bolehlah inbox dekat Facebook atau Emel.

    Cara Pembelian

    • Mula2, pilih design yang anda ingin beli. Lihat katalog.
    • Kemudian, maklumkan pembelian anda sama ada melalui Facebook ataupun Emel ke mhz-design@gmail.com.
    • Maklumat yang perlu dinyatakan semasa membuat pembelian ialah kod design, warna pilihan, dan emel anda.
    • Kemudian tunggu maklum balas dari pihak MegaHertz@Design. (pastikan anda sentiasa alert)
    • Cara pembayaran buat masa ini adalah dengan cara tambah nilai (maxis/celcom).
    • Setelah proses pembayaran selesai, design anda akan dihantar ke emel yang telah anda nyatakan.

     CaraTempahan Template


    • Tempahan hendaklah dibuat sama seperti pembelian, iaitu maklumkan sama ada melalui Facebook ataupun Emel ke mhz-design@gmail.com.
    • Template designing akan bermula selepas bayaran dibuat melalui akaun bank (CIMB) atau tambah nilai (maxis/celcom). (Bayaran melalui tambah nilai cuma untuk tempahan header sahaja).
    • Tempoh siap bergantung bergantung kepada pelbagai faktor terutama kerjasama yang anda berikan. Harap bersabar.
    • Untuk tempahan full template, proses pemasangan template memerlukan emel dan password blogger anda. Jangan risau, semua maklumat dijamin selamat.
    • Sebarang pembatalan tempahan hendaklah dimaklumkan awal. Jika pembatalan dibuat setelah proses designing bermula, pembatalan tersebut tidak diterima.
    • Kalau nak ubah mana-mana design pada template yang telah siap, boleh dipertimbangkan sekiranya ia tidak melibatkan banyak proses.

    Maklumat yang diperlukan untuk tempahan

    • Nama blog dan URL
    • Kombinasi warna
    • Column blog (single/2/3)
    • Header & Footer (jelaskan secara terperinci...attachkan sekali file atau gambar2 yang ingin diletakkan)
    • Warna post entri dan sidebar.
    • dan fungsi2 tambahan lain (spt menu button, dll)

     Maklumat tambahan


    • Harap maklum bahawa full template adalah tidak termasuk dengan banner.
    • Sila maklumkan jika anda dah bank-in duit pembayaran.

    Senarai harga
    Untuk melihat senarai harga terkini, sila klik DI SINI



    KENAPA KAMI?

    Kenapa perlu tempah dengan kami???

    Ini adalah kerana kami menawarkan harga paling rendah jika dibandingkan dengan designer-designer laen di luar sana...kami akan cuba memberikan hasil yang terbaik mengikut kehendak anda...(^_^)

    FB Page

    Kunjungi page kami di Facebook
    ---> DI SINI

    Kategori

    Islamik (1) Kuning (1) Left Sidebar (1) RM3 (1)

    Contributors